Kurt Donald Cobain, seorang pemain
gitar terkenal dalam kumpulan rock, Nirvana, adalah nama besar dalam arena
muzik rock antarabangsa.
Perintis kepada genre muzik GRUNGE
itu pernah menjadi fenomena dan kegilaan muzik rock kepada anak-anak muda pada
awal tahun 90-an.
Cobain yang lahir pada 20 Februari
1967, sempat merakamkan tiga album iaitu Bleach, Nevermind dan Utero sebelum
meninggal dunia pada April 1994 di usia yang terlalu muda, 27 tahun.